SUKAN > BERITA

LIEK HOU RAIH 'TONIK' MENJELANG PARALIMPIK PARIS 2024

24/06/2024 12:51 PM

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou mendapat suntikan terbaik menjelang Paralimpik Paris 2024 dengan merangkul kejuaraan ketiga berturut-turut tahun ini selepas mengungguli Kejohanan Empat Negara Para Badminton Antarabangsa 2024  di Glasgow, Scotland semalam.

Dalam aksi final perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) di Emirates Arena, pemain utama dunia berusia 36 tahun itu mempamerkan aksi terhebatnya menewaskan lawan dari Taiwan, Fang Jen-yu 21-13, 21-9 untuk meraih gelaran juara buat kali ketiga berturut-turut sejak 2022.

“Tiga kali berturut-turut untuk Kejohanan Empat Negara Para Badminton Antarabangsa, juga gelaran ketiga tahun ini.

“Sasaran seterusnya ialah Paralimpik Paris dan harap semuanya baik-baik saja. Doakan untuk saya dan Malaysia,” katanya menerusi laman Facebook baru-baru ini.

Sementara itu, seorang lagi pemain negara Mohd Ikhwan Ramli muncul naib juara perseorangan lelaki WH1 (kerusi roda) selepas tewas kepada pemain Korea Selatan, Choi Jung Man 14-21, 15-21.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan