SUKAN > BERITA

PEMAIN GOLF ASHLEY LAU AKAN BERAKSI DI PARIS 2024

26/06/2024 09:42 AM

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Atlet golf kebangsaan Ashley Lau Jen Wen berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik buat kali pertama pada edisi 2024 di Paris, bulan depan.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam perkongsian di Facebook memaklumkan pemain berusia 24 tahun itu akan membuat penampilan sulungnya di pentas Olimpik selepas menduduki tempat ke-50 Ranking Golf Olimpik dalam kategori wanita.

Ranking tersebut diputuskan Isnin lepas dan diumumkan secara rasmi oleh Persekutuan Golf Antarabangsa semalam.

"Ashley akan menyertai Gavin Kyle Green untuk mewakili Malaysia dalam acara golf di Paris 2024, yang bakal bermula pada 1 Ogos 2024 untuk (kategori) lelaki dan 7 Ogos 2024 untuk (kategori) wanita," menurut MOM.

Ashley merupakan atlet negara ke-22 yang melayakkan diri ke temasya sukan berprestif itu bersama-sama pemenang pingat Olimpik dua kali Datuk Mohd Azizulhasni Awang (berbasikal trek) dan juara dunia 2022 beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik (badminton).

Sukan Olimpik akan berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan