SUKAN > BERITA

DAKWAAN KONONNYA ADA LAGI PEMAIN SABAH FC ANGKAT KAKI TIDAK BENAR - KIM SWEE

12/07/2024 09:24 PM

KOTA KINABALU, 12 Julai (Bernama) -- Dakwaan kononnya ada lagi pemain Sabah FC yang bakal meninggalkan skuad berkenaan adalah tidak benar, kata Ketua Jurulatihnya Datuk Ong Kim Swee.

Beliau berkata malahan kemungkinan besar akan ada pemain baharu yang bakal memperkuatkan Skuad Badak itu.

“Banyak ura-ura dan dakwan kononnya ada lagi pemain bakal meninggalkan Sabah FC selepas penyerang import Ramon Machado selepas perlawanan suku akhir Piala FA Sabtu lepas.

“Namun kita perlu tahu kenapa Ramon meninggalkan Sabah FC dan itu disebabkan oleh masalah keluarga,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kini pasukan Sabah FC terus fokus untuk mengharungi Liga Super yang masih diperingkat awal.

Sementara itu, pengurus pasukan Rafie Robert berkata isu yang tular sebelum ini yang menyatakan kononnya Sabah FC kalah dalam dua perlawanan menentang Terengganu FC dalam saingan Piala FA  disebabkan tunggakan gaji adalah tidak benar.

“Pemain sudah dibayar gaji sebelum perlawanan pertama menentang Terengganu FC. Saya harap penyokong tidak mempercayai isu yang ditularkan.

“Sebenarnya saya tiada kuasa untuk menerangkan isu gaji pemain…namun sebagai pengurus pasukan saya mahu terangkan bahawa pemain sudah dibayar gaji dan bukan itu sebab kita kalah dalam dua perlawanan berturut-turut,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan