SUKAN > BERITA

PEMANAH SARAWAK BERKAMPUNG DI NILAI, SIAP SEDIA HADAPI SUKMA 2024

17/07/2024 05:54 PM

Oleh Zaphne Philip

KUCHING, 17 Julai (Bernama) -- Lapang Sasar Memanah Nilai, Negeri Sembilan kini menjadi pentas latihan pasukan memanah Sarawak dalam persiapan menghadapi temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-21, 17 hingga 24 Ogos ini.

Jurulatih pasukan Jaffery Low Wei Loon berkata persiapan pasukannya berjalan lancar, meskipun masih ada beberapa aspek perlu diperbaiki.

Wei Loon turut yakin dengan kemampuan atlet dalam mengekalkan dan memperbaiki catatan peribadi terbaik mereka.

“Harap semua dapat kekalkan serta pertingkat rekod terbaik mereka, saya yakin mereka mampu memperoleh pingat, apa yang ada masa sekarang sudah cukup bagus, " katanya kepada Bernama.

Acara memanah akan berlangsung di Lapang Sasar Memanah Petra Jaya, Kuching, selama enam hari bermula 18 hingga 23 Ogos.

SUKMA 2024 mempertaruhkan 37 jenis sukan melibatkan 488 acara terdiri daripada 236 acara lelaki, 217 acara wanita dan 35 lagi acara campuran lelaki dan wanita, selain melibatkan sembilan bahagian iaitu di Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

Sarawak pernah menjadi tuan rumah sebanyak dua kali iaitu pada 1990 dan 2016.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan