SUKAN > BERITA

SKUAD BERBASIKAL TERENGGANU SASAR TUJUH EMAS DI SUKMA 2024

21/07/2024 04:34 PM

KUALA TERENGGANU, 21 Julai (Bernama) -- Walaupun membariskan 40 peratus muka baharu pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak, kem berbasikal Terengganu tekad menyumbang tujuh pingat emas daripada 15 acara disertainya.

Pengurus Pasukan Ahmad Azizi Zulkifli berkata tujuh emas yang disasarkan membabitkan acara lelaki iaitu ujian masa, lepas beramai-ramai individu dan berpasukan, kriterium, BMX, Cross Cuntry relay dan Downhill (basikal bukit).

Beliau berkata skuad bimbingan Syed Mohd Husaini Syed Mazlan itu mempertaruhkan 22 pelumba terdiri daripada 14 lelaki dan lapan pelumba wanita.

"Selain sasaran emas kita turut menjangkakan pungutan pingat perak dan gangsa daripada acara lain bagi memastikan Terengganu dapat mencapai misi kejuaraan SUKMA kali ini," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Ahmad Azizi berkata kesemua pelumba kini sedang menjalani latihan fasa akhir di Nilai, Negeri Sembilan yang lebih memberi tumpuan kepada latihan berintensiti tinggi dan bersifat khusus.

"Kita menjangkakan cabaran sengit daripada Johor, Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan tuan rumah, Sarawak yang pastinya ingin mendominasi semua acara sukan.

"Namun kita yakin dengan semangat atlet dan persiapan yang rapi, skuad berbasikal di landasan yang betul untuk meraih pingat yang disasarkan untuk negeri tercinta," katanya. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan