SUKAN > BERITA

Paris 2024: Acara Papan Selaju Ditangguh Akibat Hujan

27/07/2024 05:08 PM

Daripada R.Vikneswaran

PARIS, 27 Julai (Bernama) -- Hujan memaksa penganjur Sukan Olimpik Paris 2024 menangguhkan acara papan selaju jalanan lelaki yang dijadualkan bermula pada hari rasmi pertama pertandingan, hari ini.

"Disebabkan keadaan cuaca semalaman yang buruk dan selepas mesyuarat pagi ini dengan semua penganjur berkaitan, keputusan telah diambil untuk (menangguhkan) acara ini hingga Isnin (29 Julai)," menurut penganjur dalam satu kenyataan.

Berdasarkan jadual awal, 22 atlet sepatutnya bertanding pada peringkat awal acara itu pagi ini di Place de la Concorde dengan lapan teratas akan mara ke peringkat akhir.

Sebahagian Paris terjejas akibat hujan sejak pagi semalam yang turut mengganggu majlis pembukaan Sukan Olimpik di sepanjang Sungai Seine, malam tadi.

Acara papan selaju jalanan wanita pada esok setakat ini, akan diteruskan mengikut jadual.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan