SUKAN > BERITA

Christian Abad Amat Penjaga Gol Baharu JDT

29/07/2024 09:50 PM

JOHOR BAHRU, 29 Julai (Bernama) -- Johor Darul Ta'zim (JDT) mengumumkan Christian Abad Amat dari Sepanyol sebagai penjaga gol baharu pasukan itu.

Pengumuman pengambilan pemain berusia 18 tahun itu, dibuat menerusi satu video dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini. 

Video dengan kapsyen 'New goalie on the block! Welcome Christian Abad Amat', turut memaklumkan bahawa bekas pemain Juvenil B Elche itu akan menyarung jersi nombor 12.

Terdahulu, JDT mengumumkan pemain dari Korea Selatan Park Jun Heong, 31, dan Enzo Lombardo, 27, dari Perancis sebagai pemain baharu kelab itu bagi menghadapi saingan musim baharu. 

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan