SUKAN > BERITA

Skuad Ragbi 7s Wanita WiPers Intai Emas Di SUKMA 2024

09/08/2024 02:24 PM

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Skuad ragbi tujuh sebelah (7s) wanita Wilayah Persekutuan (WiPers) mengintai peluang untuk meraih emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.

Pengurus Pasukan Abdul Rashid Adlie berkata pihaknya yakin sasaran itu mampu dicapai dengan  penguatan skuad melalui kehadiran enam pemain skuad kebangsaan bawah-20 dan 18 tahun.

“Edisi lepas kita dapat nombor enam, tetapi waktu itu banyak pemain-pemain kita yang sakit. Tetapi kali ini berbeza dan kita sudah membuat persiapan yang rapi untuk elakkan perkara sama berlaku.

“Saya yakin dengan pasukan ini kerana kami ada enam pemain kebangsaan dan saya rasa pasukan ini boleh pergi jauh,” katanya kepada Bernama.

Pada edisi kali ini, skuad ragbi wanita WiPers diletakkan dalam kumpulan maut bersama-sama naib juara edisi lalu, Selangor, pemenang pingat gangsa, Sabah, dan Terengganu.

Abdul Rashid berkata ketika ini, pasukannya sedang melakukan persiapan akhir di Limbang dan Miri menjelang acara tersebut dijadual bermula 19 hingga 22 Ogos di Stadium Miri.

SUKMA Sarawak 2024 akan membuka tirainya pada 17 dan berakhir 24 Ogos ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan