SUKAN > BERITA

Edisi Sulung Tawau Marathon Tarik Peserta Dari 15 Negara

09/08/2024 05:51 PM

TAWAU, 9 Ogos (Bernama) -- Lebih 2,000 peserta dari 15 negara telah mengesahkan penyertaan dalam edisi sulung acara larian Tawau Marathon 2024 yang akan diadakan di Padang Bandaran Tawau sini pada 18 Ogos ini.

Pengerusi Kelab Pelari Tawau Dulmi Mular berkata empat kategori dipertandingkan iaitu larian fun run 5 kilometer dan larian 10 kilometer, serta acara utama larian half marathon 21 kilometer dan larian full marathon 42 kilometer.

Beliau berkata selain peserta dari Malaysia, peserta yang mengesahkan penyertaan termasuk dari Ethopia, Kenya, Korea Selatan, Belgium, China, Hong Kong, Taiwan, Amerika, Vietnam, Thailand, India, Singapura, Indonesia dan Brunei.

"Program anjuran Kelab Pelari Tawau ini bukan hanya untuk mempromosi gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk, tetapi juga memperkenalkan Tawau untuk pelancongan sukan, selain menjana potensi sosioekonomi penduduk setempat," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Dulmi berharap orang ramai dapat memberi kerjasama berikutan beberapa jalan utama sekitar bandar Tawau akan ditutup sementara bagi memberi laluan acara larian yang bermula secara berperingkat antara 12 tengah malam hingga 6.30 pagi.

Beliau berkata pada 16 dan 17 Ogos pula akan diadakan Race Expo yang meliputi pameran serta jualan barangan sukan di Dewan Masyarakat Tawau

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan