BERITA TERGEMPAR   Pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional - PM Anwar | PM Anwar umum pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi | 
 SUKAN > BERITA

Jemaah Menteri Hargai Usaha Atlet Kebangsaan Di Olimpik Paris 2024

16/08/2024 09:37 AM

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Jemaah Menteri merakamkan penghargaan kepada semua atlet kebangsaan yang terlibat dalam Sukan Olimpik Paris 2024 yang berakhir pada 11 Ogos lepas.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga jurucakap kerajaan berkata penghargaan itu diberikan dalam mesyuarat Jemaah Menteri kelmarin.

"Mesyuarat Jemaah Menteri merakamkan penghargaan buat pasukan dan atlet kebangsaan yang bertanding di temasya Olimpik Paris 2024 kerana telah berusaha sedaya-upaya mengharumkan nama negara dengan membawa pulang dua gangsa.

"Pada masa yang sama, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mengharapkan usaha yang telah diperoleh ini akan menjadi pembakar semangat dan meningkatkan lagi usaha pasukan di masa hadapan," katanya. 

Malaysia mengakhiri kempen Sukan Olimpik Paris 2024 dengan meraih dua gangsa menerusi badminton perseorangan negara Lee Zii Jia dan beregu badminton negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Di Paris 2024, Malaysia yang diwakili 26 atlet daripada sembilan jenis sukan telah mempamerkan keazaman yang tinggi dengan memecahkan tiga rekod kebangsaan selain lima atlet berjaya mengatasi catatan peribadi masing-masing.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan