SUKAN > BERITA

Terengganu Bolot Emas, Perak Kriterium Lelaki

17/08/2024 09:12 PM

KUCHING, 17 Ogos (Bernama) -- Skuad berbasikal lelaki Terengganu mendominasi acara kriterium Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 apabila melakukan penamat satu-dua di Lebuh Raya Pehin Sri Adenan Satem hari ini.

Mohamad ‘Afi Danial Ramli unggul meraih pingat emas selepas mengumpul 19 mata manakala Muhamad Iqbal Daniel Mohd Nawawi mengutip 16 mata untuk perak.

Muhammad Hafiq Mohd Jafri dari Melaka pula tidak kurang hebat apabila meraih pingat gangsa selepas merekodkan 13 mata dalam acara melibatkan 78 pelumba itu.

Sementara itu, pelumba Kedah Nur Fitriah Shaari menambah koleksi emas keduanya selepas mengumpul 20 mata acara kriterium wanita.

Nur Fitriah mengetepikan cabaran wakil Wilayah Persekutuan, Yeong Zhen Yi yang mengumpul 13 mata untuk perak manakalana Ameera Alya Md Zahiruddin dari Terengganu ketiga dengan 12 mata.

Kriterium lelaki membabitkan jarak keseluruhan 43.2 kilometer (km) meliputi 24 pusingan dengan lapan zon pecutan manakala kategori wanita pula melibatkan jarak sejauh 32.4km iaitu melengkap 18 pusingan termasuk enam zon pecutan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan