SUKAN > BERITA

Sofbol Lelaki Perak Berdepan Terengganu Di Pusingan Sistem Page

17/08/2024 03:18 PM

MIRI, 17 Ogos (Bernama) --  Perak dan Terengganu akan membuat perhitungan di pusingan sistem page selepas kedua-dua pasukan muncul juara Kumpulan B dan A acara sofbol lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini.

Pada aksi berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, Perak mengesahkan pertemuan selepas mencatat kemenangan ke atas Sabah 19-2 dalam perlawanan pelengkap kumpulan yang berakhir dengan empat innings.

Terengganu pula melakar rekod bersih tiga kemenangan selepas menewaskan tuan rumah Sarawak dengan keputusan 6-4.

Menerusi format sistem page pemenang perlawanan antara juara kumpulan akan layak ke final manakala pasukan yang kalah akan bertemu dengan pemenang bagi perlawanan naib juara dalam perebutan tiket ke final.

Sementara itu, naib juara Kumpulan A, Johor akan bertemu naib juara Kumpulan B Pahang dalam peringkat page itu.

Dalam saingan kategori wanita, juara Kumpulan C Perak yang menewaskan Johor 7-5 pada aksi di Sekolah Menengah Kebangsaan Merbau di sini, akan bertemu Negeri Sembilan selaku juara Kumpulan D.

Naib juara Kumpulan C, Johor pula bertemu Pahang selaku naib juara Kumpulan D.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan