SUKAN > BERITA

Gandingan Sarawak Ungguli Kumpulan T Boling Padang Pairs Campuran

17/08/2024 08:02 PM

KUCHING, 17 Ogos (Bernama) -- Skuad boling pada Sarawak mengungguli Kumpulan T saingan pairs campuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 dengan mengutip enam mata selepas menang tiga perlawanan di Arena Lwn Bowl di sini hari ini.

Sarawak yang terdiri daripada Awang Mohammad Sharszan F Awang Nasaruddin-Nur Syurhaidah Asaral tidak berdepan masalah untuk mengetepikan Perak 18-10, diikuti Pahang 19-7 dan Sabah 20-5.

Sabah menghuni tempat kedua kumpulan dengan empat mata hasil kemenangan ke atas Kelantan 17-15 dan Pulau Pinang 18-5.

Sementara itu, gandingan Selangor Alif Hakimi Ariffuddin-Nurul Ain Ibrahim mengungguli Kumpulan S dengan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan untuk mengumpul enam mata.

Wakil Selangor itu menundukkan Terengganu 15-10, diikuti Perlis 15-6 dan Kedah 29-5.

Terengganu di tempat kedua selepas mengumpul tiga mata hasil satu kemenangan ke atas Wilayah Persekutuan 16-10, masing-masing satu kalah dan seri.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan