SUKAN > BERITA

Malaysia Meterai MoU Dengan India Bagi Pembangunan Belia Dan Sukan

21/08/2024 05:39 PM

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Malaysia dan India bersetuju menjalin kerjasama strategik dalam bidang pembangunan belia dan sukan.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam kenyataan memaklumkan kerjasama itu dipersetujui menerusi memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara yang ditandatangani di Hyderabad House, New Delhi, India.

Pada majlis menandatangani MoU itu Malaysia diwakili Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, manakala India diwakili Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia B.N. Reddy. 

“Antara bidang fokus MoU tersebut adalah inisiatif program pertukaran belia Malaysia-India dan antidoping.

“Pemeteraian MoU selama lima tahun antara kedua-dua negara ini dilihat dapat meningkatkan lagi hubungan dua hala Malaysia dan India,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan