SUKAN > BERITA

Sze Fei-Nur Izzudin Wakil Tunggal Negara Ke Separuh Akhir Terbuka Jepun

23/08/2024 07:34 PM

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menjadi satu-satunya wakil negara yang berjaya melangkah ke separuh akhir Terbuka Jepun 2024 hari ini.

Ini selepas pasangan pilihan kelapan kejohanan itu menundukkan pilihan keempat dari Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 21-16, 10-21, 21-16 dalam perlawanan sengit yang berlangsung selama 54 minit di Yokohama Arena. 

Menanti Sze Fei-Nur Izzudin di pusingan seterusnya ialah sama ada pemain tuan rumah Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura atau pasangan Indonesia Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana yang akan bertemu pada satu lagi aksi suku akhir hari ini. 

Satu lagi beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun dikecewakan pasangan Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae 15-21, 9-21. 

Beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah juga gagal mengesahkan slot ke separuh akhir selepas ditewaskan gandingan China Sheng Shi Liu-Tan Ning 21-17, 14-21, 10-21.  

Dua pasangan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing turut gagal meneruskan momentum apabila tewas pada saingan suku akhir. 

Tang Jie-Ee Wei ditewaskan pilihan kedua Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dari China 16-21, 18-21 manakala Kian Meng-Lai Pei Jing ditumbangkan gandingan Hong Kong Tang Chung Man-Tse Ying Suet 21-18, 23-25, 9-21. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan