SUKAN > BERITA

Jojo Tumbangkan Josue Cruz

07/09/2024 07:13 PM

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Atlet muda Muay Thai negara yang meningkat naik, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar berjaya menumbangkan Josue Cruz dari Mexico pada saingan ONE Championship siri 168 di Denver, Colorado, Amerika Syarikat (AS) hari ini. 

Menurut laman web https://www.onefc.com, atlet yang lebih dikenali sebagai Jojo itu tampil bertenaga memberi tumbukan bertubi-tubi dan hanya memerlukan satu pusingan untuk menumpaskan pihak lawan dengan keputusan knockout (KO) dalam kategori fly weight muay thai di Ball Arena, AS. 

Kemenangan atlet berusia 17 tahun itu menyaksikan Jojo menebus kekecewaan apabila tewas kepada wakil Vietnam, Nguyen Tran Duy Trat pada saingan ONE Championship siri 167 pada Jun lepas.

Jojo membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak US$50,000. 

Sebagai rekod, kemenangan KO terhadap Cruz merupakan yang kelima bagi Jojo dalam perlawanan ONE Championship. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan