DUNIA > BERITA

Jumlah Korban Di Gaza Melebihi 40,900 Orang Selepas Israel Bunuh 61 Lagi Rakyat Palestin

07/09/2024 09:19 PM

ANKARA, 7 Sept (Bernama-Anadolu) -- Tentera Israel membunuh 61 lagi rakyat Palestin dalam serangan ke atas Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan kematian mencecah 40,939 sejak 7 Okt tahun lepas, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik Kementerian Kesihatan Palestin di wilayah itu pada Sabtu.

Kementerian itu juga melaporkan 94,616 orang cedera dalam serangan yang berterusan.

"Tentera Israel membunuh 61 orang dan mencederakan 162 yang lain dalam empat 'pembunuhan beramai-ramai' terhadap keluarga dalam tempoh 48 jam lalu," menurut kenyataan itu.

"Ramai orang masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana pasukan penyelamat tidak dapat menghampiri mereka," tambahnya.

Israel meneruskan serangan kejamnya di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt, walaupun resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggesa gencatan senjata segera.

Sekatan berterusan di Gaza menyebabkan kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang teruk, menyaksikan sebahagian besar infrastruktur di wilayah itu musnah.

Israel menghadapi tuduhan pembunuhan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, yang telah mengarahkan penghentian operasi ketenteraan di bandar selatan Rafah, yang lebih satu juta rakyat Palestin mencari perlindungan sebelum kawasan itu diserang pada 6 Mei.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan