SUKAN > BERITA

Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah Sertai Kejohanan Golf NPC 2024, November Ini

30/09/2024 09:48 PM

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) --Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan menyertai Kejohanan Golf Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) Malaysia 2024 di Tropicana Golf & Country Resort pada 26 Nov ini

Ini merupakan kali pertama pasangan Diraja akan mengambil bahagian dalam acara anjuran NPC, di mana edisi kejohanan golf sebelum ini menampilkan sama ada Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri sebagai tetamu kehormat.

Presiden NPC Datuk Ahirudin Attan berkata kejohanan yang dijangka menarik 120 peserta itu diadakan semula selepas tujuh tahun dan bertujuan mengeratkan hubungan antara NPC, kerajaan, sektor korporat dan media.

“Pada tahun-tahun sebelum ini, NPC menganjurkan acara golf ini setiap tahun. Namun, akibat pandemik COVID-19, kita terpaksa menangguhkannya. Kini, dengan pandemik sudah berlalu, kami telah menghidupkan semula kejohanan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata acara ini dibuka kepada menteri kabinet, diplomat asing, tokoh industri, editor kanan, wartawan dan profesional lain dengan kategori lelaki, wanita, dan senior (65 tahun ke atas).

Yuran pendaftaran ialah RM450 untuk ahli NPC dan RM600 untuk bukan ahli.

Peserta juga boleh menantikan hadiah cabutan bertuah dan beg cenderahati dengan pendaftaran kini dibuka di rumah kelab NPC atau melalui nombor telefon 012-632 0061.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan