SUKAN > BERITA

Wei Chong Fokus Pemulihan Lutut Menjelang BAC

27/03/2026 12:53 PM

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Pemain beregu lelaki negara Man Wei Chong mahu menumpukan kepada proses pemulihan kecederaan lutut kanan menjelang Kejohanan Badminton Asia (BAC) Ningbo, China awal bulan depan.

Walaupun doktor mengesahkan beliau tidak perlu menjalani pembedahan akibat kecederaan dialami ketika Kejohanan All England 2026 awal bulan ini, Wei Chong berharap kecederaan itu tidak berulang dan menjejaskan penampilannya di Ningbo kelak.

“Sekarang ini paling penting kena jaga keadaan, jaga pemulihan, kuatkan otot,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan skuad badminton kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara di sini hari ini.

Ditanya mengenai persiapannya menjelang kejohanan BAC, beliau mengakui semua berjalan lancar seperti dirancang.

Menurut Wei Chong, pasangannya Tee Kai Wun turut memberi sokongan moral yang sedikit sebanyak membantunya mengekalkan fokus serta keyakinan menjelang kejohanan tersebut.

“Sekarang ada masa satu minggu lagi untuk persiapan BAC, saya pun akan buat sehabis baik di sana.

“Saya rasa pasangan (Tee Kai Wun) saya juga bagus sebab dia boleh faham situasi saya dan banyak bantu saya di gelanggang,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan