WILAYAH - SARAWAK > BERITA

MALAYSIA, THAILAND SETUJU KUKUHKAN HUBUNGAN PARLIMEN

26/06/2024 05:43 PM

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Thailand bersetuju mengenai keperluan untuk menjalin hubungan lebih erat antara Ahli Parlimen bagi meningkatkan kerjasama antara kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dipersetujui semasa pertemuannya dengan Presiden Dewan Negara dan Speaker Dewan Perwakilan Thailand Wan Muhammad Noor Matha pagi tadi.

"Semasa pertemuan saya dengan Wan Muhamad pagi ini, kami membincangkan kerjasama antara Malaysia dan Thailand dalam pelbagai bidang seperti perdagangan, pelaburan dan pelancongan," kata Anwar dalam kemas kini di Facebooknya.

Perdana Menteri berkata beliau dan Wan Muhamad turut menyentuh usaha memperkukuh lagi kerjasama antara kedua-dua negara dalam sektor pendidikan dan pembangunan masyarakat Islam termasuk di selatan Thailand.

-- BERNAMA

 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan