WILAYAH - SARAWAK > BERITA

EU KECAM LANGKAH ISRAEL UNTUK BENARKAN LIMA POS PENEMPATAN DI TEBING BARAT

30/06/2024 12:57 AM

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Kesatuan Eropah (EU) mengutuk sekeras-kerasnya pengumuman oleh Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich, bahawa lima pos penempatan akan dibenarkan di wilayah Palestin yang diduduki.

Dalam satu kenyataan, jurucakap EU Peter Stano berkata ini merupakan satu usaha yang disengajakan untuk menggugat usaha perdamaian.

Pada Majlis Eropah minggu ini, Stano berkata pemimpin EU mengutuk keputusan Kerajaan Israel untuk mengembangkan penempatan haram di seluruh Tebing Barat yang diduduki dan menggesa Israel untuk membatalkan keputusan-keputusan ini.

Selaras dengan pendirian bersama yang berpanjangan dan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), EU tidak akan mengiktiraf perubahan terhadap sempadan 1967 kecuali disepakati oleh pihak yang terlibat, katanya.

"EU mengulangi bahawa tindakan melemahkan kuasa Palestin harus dihentikan dan menyeru Israel untuk melepaskan pendapatan penjelasan yang ditahan dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memastikan perkhidmatan perbankan koresponden antara bank-bank Israel dan Palestin tetap beroperasi," katanya.

Stano berkata EU mengesahkan semula komitmennya yang teguh kepada keamanan yang kekal dan mampan selaras dengan resolusi-revolusi berkaitan Majlis Keselamatan PBB sebagai asas penyelesaian dua negara dalam menyelesaikan konflik.

Pada Khamis, Kabinet Israel meluluskan langkah-langkah yang dicadangkan oleh Smotrich untuk "mengesahkan" pos penempatan di Tebing Barat.

Pos penempatan adalah komuniti kecil yang didirikan oleh peneroka haram Israel di atas tanah Palestin yang dimiliki secara peribadi.

--BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan