WILAYAH - SARAWAK > BERITA

MARITIM MALAYSIA TAHAN BOT NELAYAN GAJI WARGA ASING TANPA KEBENARAN

30/06/2024 08:42 PM

SHAH ALAM, 30 Jun (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menahan sebuah bot nelayan tempatan dipercayai menggaji empat lelaki warga Myanmar tanpa kebenaran di 13.4 batu nautika Barat Daya Sungai Tengi, Tanjung Karang, semalam.

Pengarah Maritim Selangor Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata penahanan bot kelas B1 itu dilakukan Maritim Selangor ketika rondaan pada 3.50 petang.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati bot itu dikendalikan seorang tekong dan tiga kru warga Myanmar berusia lingkungan 38 hingga 56 tahun yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah.

“Kesemua warga asing dan bot dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah bagi diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes katanya disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggajikan warga asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan