WILAYAH - SELATAN > BERITA

NSFC SAHKAN PEMAIN IMPORT DIRAGUT

30/06/2024 11:37 PM

SEREMBAN, 30 Jun (Bernama) -- Kelab Bola Sepak Negeri Sembilan (NSFC) hari ini mengesahkan pemain import mereka Mika Junco menjadi mangsa ragut di Kuala Lumpur pada malam semalam.

NSFC dalam kenyataan malam ini memaklumkan kejadian berlaku ketika pemain itu sedang berseorangan.

“Insiden berkenaan mengakibatkan Junco kerugian harta benda, namun beliau kini berada dalam keadaan selamat dan laporan polis juga telah dibuat,” menurut kenyataan itu.

NSFC mengutuk sekeras-kerasnya tindakan jenayah seperti itu dan berharap pihak berkuasa dapat menahan dan membawa pelaku ke muka pengadilan.

Dalam kenyataan sama, NSFC turut mengucapkan terima kasih kepada peminat dan penyokong yang memberikan sokongan kepada pemain itu dalam keadaan sukar.

Terdahulu, insiden itu dikongsi pemain kelahiran Sepanyol itu menerusi Instagram Story dengan memaparkan kecederaan ringan dialami di bahagian leher selain turut menyebabkan beliau kehilangan rantai emas.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan