WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PEMAIN BADMINTON CHINA ZHANG ZHI JIE MENINGGAL DUNIA SELEPAS REBAH DI GELANGGANG

01/07/2024 11:23 AM

JAKARTA, 1 Julai (Bernama) -- Pemain badminton perseorangan China, Zhang Zhi Jie meninggal dunia selepas rebah di gelanggang semasa perlawanan Kejohanan Badminton Remaja Asia 2024 di Yogyakarta, Indonesia pada Ahad.

Insiden itu berlaku ketika Zhang, 24, sedang menentang lawan dari Jepun, Kazuma Kawamo dalam perlawanan peringkat kumpulan di Arena Sukan Among Rogo .

Badminton Asia dan Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI) dalam satu kenyataan bersama memaklumkan Zhang meninggal dunia pada 11.20 malam waktu tempatan Ahad.

Zhang telah diberi rawatan oleh doktor kejohanan dan pasukan perubatan di tempat kejadian sebelum dibawa ke hospital dalam tempoh beberapa minit dengan ambulans, menurut kenyataan itu.

Badminton Asia, PBSI dan jawatankuasa penganjur mengucapkan takziah kepada ibu bapa Zhang, keluarga, dan Persatuan Badminton China.

“Dunia badminton meratapi kehilangan seorang pemain berbakat,” menurut kenyataan itu.

Zhang dilahirkan pada 29 April 2000 di Shashi, Jingzhou, Hubei, China.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan