WILAYAH - UTARA > BERITA

WANITA JATUH GAUNG SELAMAT DIBAWA KELUAR

09/07/2024 09:50 AM

IPOH, 9 Julai (Bernama) -- Seorang wanita yang cedera selepas terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter semasa menuruni puncak Gunung Korbu di sini semalam, berjaya dibawa keluar awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa berusia 35 tahun itu dibawa keluar dengan selamat kira-kira 1.30 pagi.

"Wanita itu seterusnya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Sabarodzi dilaporkan berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian pada 3.29 petang dan operasi mencari serta menyelamat (SAR) telah digerakkan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tambun.

Wanita terbabit dikatakan menyertai trip Pendakian Korbu dan Gayong bersama 34 lagi peserta sejak Sabtu lepas.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan