WILAYAH - SARAWAK > BERITA

WASPADA AKAUN MEDIA SOSIAL PALSU GUNA NAMA MENTERI KERJA RAYA

10/07/2024 12:59 PM

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta orang ramai untuk berwaspada dengan beberapa akaun media sosial palsu yang menggunakan namanya.

Beliau yang kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu berkata perbuatan tersebut bukan sahaja boleh menimbulkan kekeliruan, malah akan disalahgunakan dan memperdayakan orang awam. 

"Saya ingin menasihati semua pengguna media sosial supaya tidak mempercayai maklumat palsu tersebut dan hanya mengikuti akaun rasmi," katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini. 

Nanta juga meminta orang ramai agar melaporkan sebarang akaun mencurigakan yang menyamar sebagai Menteri Kerja Raya atau Ahli Parlimen Kapit. 

Menerusi hantaran itu, Nanta turut berkongsi tangkap layar akaun media sosial palsu yang menggunakan namanya iaitu @alexander_nanta_linggi. 

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan