WILAYAH - SARAWAK > BERITA

ASEAN 2025: PM YAKIN MALAYSIA MAMPU JADI TUAN RUMAH TERBAIK

12/07/2024 12:18 AM

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan bahawa Malaysia mampu menjadi tuan rumah terbaik sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025.

Beliau berkata hasil kerjasama utuh semua pihak akan membawa negara tampil sebagai hos yang cemerlang kepada semua delegasi terlibat.

“Pelbagai perkara telah dibincang bagi memastikan persediaan rapi dapat dibuat di setiap peringkat melibatkan kementerian serta agensi kerajaan,” katanya.

Anwar berkata demikian menerusi hantaran di laman Facebook dan Perdana Menteri turut berkongsi beberapa keping gambar beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan bagi Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 di bangunan Parlimen hari ini.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam memaklumkan  tiga tonggak utama digariskan oleh Malaysia sebagai persiapan menjadi Pengerusi ASEAN 2025 iaitu keselamatan dan politik, ekonomi serta sosiobudaya.

Beliau berkata setakat Jun lepas, Malaysia telah menyusun atur sebanyak 257 mesyuarat peringkat tertinggi melibatkan pemimpin negara, menteri dan pegawai yang akan diadakan tahun depan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan