WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PENJAWAT AWAM DIREMAN TUJUH HARI BANTU SIASATAN PEMBUNUHAN NUR FARAH

16/07/2024 01:11 PM

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Seorang penjawat awam direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus berkata perintah reman terhadap lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Selangorpagi tadi, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Suspek direman selama tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan semalam dilaporkan berkata mayat Nur Farah Kartini, 25, ditemukan kira-kira 6 petang di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor.

Menurut Hussein susulan itu pihaknya telah menahan teman lelaki wanita berkenaan bagi membantu siasatan.

Nur Farah Kartini yang berasal dari Sarawak dan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kali terakhir dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slek hitam.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan