WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Pengawal keselamatan Kompleks Seri Perdana terlibat kemalangan terima sumbangan PM

27/07/2024 12:29 PM

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Pengawal keselamatan Kompleks Seri Perdana Mohd Nuramin, yang terlibat dalam nahas jalan raya baru-baru ini menerima sumbangan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Menurut hantaran dalam Facebook Anwar hari ini, sumbangan untuk meringankan beban kos perubatan dan urusan seharian keluarga pegawal keselamatan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi yang mewakilinya dalam sesi Ziarah MADANI.

“Beliau mengalami kecederaan serius akibat nahas itu dan perlu menjalani beberapa prosedur pembedahan. Alhamdulillah, saya dimaklumkan saudara Mohd Nuramin kini beransur pulih.

“Semoga saudara Mohd Nuramin diberikan afiyah dan kesembuhan segera, sekali gus dapat kembali bertugas seperti biasa, insya-Allah,” menurut hantaran itu. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan