WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Olimpik Paris: Atlet China bermula cemerlang

28/07/2024 09:40 AM

PARIS, 28 Julai (Bernama-Xinhua) -- Atlet Olimpik China telah membuat permulaan yang baik dan memenuhi jangkaan pada temasya Olimpik kali ini apabila meraih dua pingat emas dan satu gangsa pada hari pembukaan Paris 2024, kata setiausaha agung delegasi Olimpik China, Zhang Xin.

Penembak China, Sheng Lihao dan Huang Yuting memenangi emas pertama Paris 2024 untuk negara itu menerusi kemenangan 16-12 ke atas Korea Selatan dalam acara akhir 10m air rifle berpasukan campuran, lapor Agensi  Berita Xinhua.

"Kedua-dua remaja itu menunjukkan kekuatan daya saing yang hebat dan kekuatan mental yang luar biasa, yang membantu mereka membawa pulang pingat emas kepada China. Apabila lawan mereka terus mengurangkan jurang, mereka berjaya menghalang pihak lawan daripada mengubah kedudukan. Mereka layak dipuji," kata Zhang.

Membincangkan kemenangan penerjun Chang Yani dan Chen Yiwen dalam acara akhir 3m papan anjal seirama wanita, Zhang berkata Chang dan Chen menunjukkan kekuatan pasukan terjun China.

"Dalam acara renang, kami tahu bahawa perenang Australia dan Amerika lebih kompetitif dalam acara 4x100m gaya bebas wanita berbanding kami. Bagaimanapun, kami berjaya memenangi podium dan memecahkan rekod Asia. Ia adalah pingat gangsa yang berharga untuk delegasi kami," tambah Zhang.

Zhang turut memuji ramai atlet China, termasuk pasukan renang lelaki yang menduduki tempat keempat dalam acara 4x100m gaya bebas, serta Tang Xin yang menduduki tempat ke-32 dalam ujian individu wanita dalam acara berbasikal lebuh raya, pasukan pingpong, pasukan badminton dan pasukan gimnastik artistik lelaki.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan