WILAYAH - SARAWAK > BERITA

China Sumbang Dana Kepada UNRWA, Tingkat Bantuan Ke Gaza

02/08/2024 04:13 PM

BEIJING, 2 Ogos (Bernama-CMG) -- Perwakilan China di Palestin menandatangani perjanjian untuk menyumbangkan sejumlah dana kepada Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Timur Dekat pada Khamis.

Ketua Perwakilan China di Palestin, Zeng Jixin dalam majlis penandatanganan itu berkata China sentiasa memberikan sokongan kepada UNRWA sementara menyeru masyarakat antarabangsa menyokong agensi itu melaksanakan misinya.

"Sumbangan derma wang oleh China kali ini adalah untuk menyokong UNRWA meningkatkan bantuan kemanusiaan kecemasan ke Gaza," kata Zeng. 

Beliau menegaskan bahawa China akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk menamatkan konflik di Gaza selain berusaha untuk mengurangkan bencana kemanusiaan dan melaksanakan "penyelesaian dua negara".

Timbalan Pesuruhjaya UNRWA, Antonia Marie De Meo menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada China atas sokongannya kepada kerja agensi itu selama ini. 

Beliau menyifatkan wang derma dari China sebagai amat penting, di samping menyatakan kesediaan untuk mengukuhkan kerjasama dengan China bagi mengurangkan krisis kemanusiaan di Gaza.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan