WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Hannah Puji Semangat Kental Pearly-Thinaah

02/08/2024 10:04 PM

PARIS, 2 Ogos (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya perjuangan beregu wanita negara Pearly Tan-M-Thinaah pada Sukan Olimpik Paris 2024 masih belum berakhir dan kini beralih kepada misi meraih podium.

Hannah berada di sini menerusi hantaran di Facebook rasminya dilihat bersama-sama memberikan dorongan kepada gandingan tersebut selepas usaha mara ke pentas final di Porte de La Chapelle Arena di sini pagi ini (petang di Malaysia) tidak kesampaian.

Pearly-Thinaah terpaksa akur dengan kehebatan gandingan nombor satu dunia dari China Chen Qing Chen-Jia Yi Fan apabila tewas 12-21, 21-18, 15-21 dalam aksi sengit separuh akhir selama 78 mnit.

“Usaha untuk meraih pingat emas mungkin telah berakhir hari ini di Paris bagi Pearly dan Thinaah tetapi saya mengingatkan mereka ini - di sebalik memburu emas ini adalah semangat kecemerlangan yang kita mahu atlet dan generasi muda Malaysia bawa dalam setiap tugasan yang mereka lakukan,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua pemain tersebut jelas mempamerkan semangat kecemerlangan dengan berjuang habis-habisan hingga mengheret lawan ke set penentuan.

Pearly-Thinaah berpeluang mencipta sejarah selaku pemenang pingat pertama Malaysia dalam acara itu apabila bertemu Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun pada aksi penentuan pingat gangsa esok.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan