WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Peluru Berpandu Jarak Dekat Dengan Kepala Peledak 7 Kg Bunuh Haniyeh - IRGC

03/08/2024 10:03 PM

TEHRAN, 3 Ogos (Bernama-Sputnik) -- Ketua Biro Politik Pergerakan Hamas Palestin, Ismail Haniyeh dipercayai dibunuh menggunakan peluru berpandu jarak dekat dengan kepala peledak seberat kira-kira tujuh kilogram yang ditembak dari luar rumah tamu di Tehran, lapor Sputnik.

Haniyeh maut pada Rabu selepas beliau menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Iran yang baharu, Masoud Pezeshkian.

Hamas telah menyalahkan Israel dan Amerika Syarikat atas kematian Haniyeh dan berjanji akan membalas dendam.

“Berdasarkan data siasatan, operasi pengganas ini dilakukan menggunakan peluru berpandu jarak dekat dengan kepala peledak seberat kira-kira tujuh kilogram dan letupan yang kuat, (ia ditembak) di luar kawasan rumah tamu," kata Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) pada Sabtu dalam satu kenyataan, dipetik oleh agensi berita Iran, IRNA.

IRGC juga mendakwa pembunuhan Haniyeh telah dirancang dan dilaksanakan oleh Israel dan disokong oleh Amerika Syarikat, sambil menambah bahawa kematian Ketua Biro Politik Hamas itu akan dibalas dengan "hukuman yang berat" dan pada "masa dan tempat yang sesuai."

--BERNAMA-SPUTNIK

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan