WILAYAH - SELATAN > BERITA

MARA Ke Final Piala FA, Bidoglio Puji Aksi Pemain JDT

05/08/2024 11:09 AM

ISKANDAR PUTERI, 5 Ogos (Bernama) -- Ketua Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) Hector Pablo Bidoglio memuji para pemainnya kerana berpegang kepada perancangan permainan selepas menundukkan Kedah Darul Aman FC (KDA) 3-0 pada aksi separuh akhir kedua Piala FA, malam tadi.

JDT yang menang dengan agregat 5-1, akan bertemu Selangor FC pada final Piala FA, 24 Ogos ini di Stadium Bukit Jalil.

Bidoglio berkata pasukan itu berjaya memecah kebuntuan pada separuh masa kedua selepas dikekang pertahanan dan aksi cemerlang penjaga gol KDA Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi pada 45 minit pertama.

“Pada separuh masa pertama, kita menggerakkan bola dari sisi ke sisi dan menemui ruang tetapi kadangkala kita bermain terlalu pantas.

“Di babak kedua, kita betulkan beberapa butiran. Kita gerakkan bola dan mencari ruang yang sesuai pada masa sesuai. Pemain melakukan tugas dengan sangat baik,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim di sini, malam tadi.

Ketua Jurulatih KDA Mohd Nafuzi Mahammad Zain turut memuji pemainnya kerana memberikan aksi terbaik meskipun tewas.

Beliau berkata Kalamullah Al-Hafiz berjaya mengawal gawang daripada bolos dengan asakan JDT sehingga pertahanan Harimau Selatan Muhamad Feroz Baharudin memecah kebuntuan pada minit ke-49.

JDT menambah dua lagi gol menerusi Bergson Gustavo Silveira Da Silva pada minit ke-76 dan Juan Muniz Gallego pada minit ke-82.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan