WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PRK Nenggiri: Polis Lulus 16 Permit Ceramah, Kempen Bergerak

05/08/2024 08:34 PM

GUA MUSANG, 5 Ogos (Bernama) -- Polis meluluskan 16 permit ceramah dan kempen bergerak yang dipohon parti politik bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri sejak hari penamaan calon Sabtu lepas hingga hari ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata daripada jumlah itu, 10 permit membabitkan ceramah dan baki enam lagi bagi kempen bergerak, manakala tiada sebarang permohonan permit yang ditolak setakat ini.

"Sebanyak lapan permit diluluskan untuk blok Barisan Nasional (BN) melibatkan dua ceramah dan enam kempen bergerak, manakala bagi PAS pula kesemua lapan permit yang diluluskan adalah untuk ceramah," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 

PRK DUN Nenggiri diadakan berikutan kekosongan kerusi diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun, apabila bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 17 Ogos, manakala hari mengundi awal pada 13 Ogos tidak akan diadakan selepas kesemua 14 pengundi terlibat memilih mengundi secara pos susulan keperluan mereka bertugas sepanjang tempoh kempen.

PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang mewakili Kerajaan Perpaduan dan wakil Perikatan Nasional (PN) Mohd Rizwadi Ismail yang bertanding menggunakan logo PAS.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan