WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Guru Hadapi Empat Tuduhan Gagal Lapor Pemberian Rasuah Lebih RM33,000

13/08/2024 11:22 AM

JOHOR BAHRU, 13 Ogos (Bernama) -- Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan gagal melaporkan pemberian rasuah berjumlah RM33,870.10 kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Abdul Aziz Husin, 54, didakwa telah diberi suapan wang daripada seorang lelaki berusia 56 tahun dan seorang wanita berumur 51 tahun menerusi empat transaksi antara RM1,300 hingga RM17,070.10 dan gagal melaporkan kesemua pemberian tersebut kepada pihak SPRM, yang melanggar peruntukan Seksyen 25(1) Akta SPRM 2009.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Jalan Niaga 1, Kota Tinggi pada 9 Nov 2022 dan 17 Jan tahun lepas mengikut Seksyen 25(2) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit keslahan.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan melaporkan diri ke pejabat SPRM Batu Pahat sebulan sekali dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 8 Sept untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Alice Voon Mei Ling manakala Abdul Aziz diwakili peguam Mohd Razak Sharif.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan