WILAYAH - SARAWAK > BERITA

BAM Kunci Mulut Keputusan Sze Fei-Izzuddin Untuk Bergerak Secara Profesional

13/08/2024 01:57 PM

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan kunci mulut berkenaan hasrat pemain beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani untuk meninggalkan badan induk itu.

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky berkata pihaknya masih berbincang mengenai hasrat pasangan ke-13 dunia itu sebelum membawanya kepada ahli majlis badan induk berkenaan bagi tindakan selanjutnya.

“Kami tidak boleh beritahu apa-apa kerana belum tahu lagi segala keputusan. Kami perlu duduk untuk membincangkan segala-galanya.

“Kemudian, segala hasil perbincangan akan dikemukakan kepada ahli majlis bagi mendapatkan kelulusan,” katanya ketika ditemui pada sidang media di sini hari ini.

Sebelum ini khabar angin bertiup kencang tentang hasrat Sze Fei-Izzuddin mahu meninggalkan badan induk itu untuk meneruskan karier mereka sebagai pemain profesional.

Dalam pada itu, Rexy berkata buat masa ini Sze Fei-Izzuddin masih kekal di bawah naungan BAM dan akan menjalani latihan di ABM seperti biasa. 

“Mereka masih berlatih seperti biasa di sini dan akan sertai Terbuka Jepun dan Korea,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan