Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar
JAKARTA, 14 Ogos (Bernama) -- Konsulat Jeneral Malaysia di Medan (KJM) pada Rabu buat julung kalinya menganjurkan Sambutan Hari ASEAN ke-57 dan diskusi panel "Malaysia Selaku Pengerusi ASEAN 2025" di Kampus Universiti Sumatera Utara yang dihadiri 200 peserta.
Peserta terdiri daripada pegawai Pemerintah Provinsi Sumatera Utara, kor diplomatik, ahli akademik, media, mahasiswa dan pelajar sekolah di wilayah itu, menurut KJM dalam kenyataan.
Program dengan kerjasama Universiti Sumatera Utara bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai ASEAN khususnya generasi muda serta menonjolkan peranan dan tanggungjawab penting Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan.
Ia dimulakan dengan ucapan daripada penganjur bersama, Rektor Universiti Sumatera Utara Prof Dr Muryanto Amin dan Konsul Jeneral Malaysia di Medan Shahril Nizam Abdul Malek, sebelum dirasmikan Setiausaha Daerah Provinsi Sumatera Utara Arief Sudarto Trinugroho.
Sesi diskusi panel menampilkan Shahril Nizam dan ketua Pusat Pengajian ASEAN, Universiti Sumatera Utara Dr Jelly Leviza serta dikendalikan Setiausaha Pengarah Direktorat Pembangunan Pendidikan, Universiti Sumatera Utara, Dr Joiverdia Arifiyanto.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial