WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Pembunuhan Cikgu Istiqomah: Polis Serahkan Kertas Siasatan Kepada PPN Hari Ini

15/08/2024 11:52 AM

MELAKA, 15 Ogos (Bernama) -- Kertas siasatan berhubung kes pembunuhan kejam guru wanita Istiqomah Ahmad Rozi, 33, akan diserahkan kepada Pejabat Pendakwaan Negeri (PPN) hari ini untuk arahan lanjut.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah berkata PPN dijangka mengeluarkan arahan pendakwaan sama ada petang ini atau esok, dan pendakwaan terhadap seorang suspek kes itu dijangka selewat-lewatnya Isnin depan.

"Ketua Polis Melaka (Datuk Zainol Samah) dijangka mengeluarkan siaran media khas dan kita akan maklum juga bila suspek akan dituduh di mahkamah," katanya menerusi pesanan WhatsApp kepada pemberita di sini hari ini.

Pada 6 Jan lepas, media melaporkan penemuan mayat wanita tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki, dalam tong sampah di tepi jalan Alor Gajah-Tampin berdekatan Kampung Rimau, Pulau Sebang kira-kira pukul 2 petang.

Selepas kira-kira lapan bulan berlalu, Isnin lepas Ashari mengesahkan mayat berkenaan dikenal pasti sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33, seorang guru yang dilaporkan hilang pada 27 Dis 2023.

Susulan itu Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Melaka dengan kerjasama JSJ Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, menahan sepasang suami isteri berusia 37 dan 36 tahun di Chemor, Perak pada 6 Ogos.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan