WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Laluan Utama Ke Stadium Sarawak Ditutup Sabtu Untuk Perasmian SUKMA 2024

15/08/2024 02:07 PM

KUCHING, 15 Ogos (Bernama) -- Beberapa laluan menuju ke Stadium Sarawak akan ditutup mulai 3 petang Sabtu ini bersempena dengan acara perasmian Sukan Malaysia (SUKMA) 2024, kata Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah.

Beliau berkata penutupan itu melibatkan lapan laluan iaitu bulatan Sesco, bulatan Kesuma Resort, lorong masuk ke tempat letak kenderaan di hadapan Stadium Negeri, persimpangan Gelanggang Skuasy, jalan masuk menghala ke Pintu D dan Pintu A Stadium Sarawak serta laluan sebelum Kampung Stadium.

“Orang ramai dinasihatkan menggunakan laluan dari arah bulatan Sesco kemudian membuat pusingan U di bulatan Casuarina kemudian melalui jalan tersebut masuk ke simpang Jalan Stadium.

“Kenderaan yang melalui Jalan Diplomatik boleh terus ke kawasan tempat letak kenderaan di tempat letak kereta di belakang Stadium Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak meletakkan kenderaan di sepanjang bahu jalan serta merancang perjalanan dengan memilih laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan