WILAYAH - SELATAN > BERITA

Laporan Akhir Nahas Pesawat Di Bandar Elmina Dikeluarkan Hari Ini

16/08/2024 01:26 PM

JELEBU, 16 Ogos (Bernama) -- Laporan akhir nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor yang meragut 10 nyawa pada 17 Ogos tahun lepas akan dikeluarkan pada 3 petang ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata laporan itu akan dimuat naik di laman sesawang Kementerian Pengangkutan (MOT).

"Ia adalah laporan daripada Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) dan akan dimuat naik dalam laman sesawang Kementerian Pengangkutan secara rasmi pada 3 petang nanti," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) Seremban di Terminal Bas Kuala Klawang di sini hari ini.

Laporan awal kemalangan pesawat oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) MOT telah dikeluarkan pada 15 Sept tahun lepas.

Dalam kejadian itu, pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi terhempas ketika menghampiri Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang mengorbankan 10 nyawa iaitu enam penumpang dan dua anak kapal penerbangan, serta seorang pemandu e-hailing dan seorang penunggang motosikal (p-hailing).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan