WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Dua Kanak-kanak Terperangkap Sembilan Jam Dalam Lif Ditemukan Selamat

20/08/2024 06:19 PM

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia 10 dan 11 tahun yang dilaporkan hilang sejak petang semalam, ditemukan selamat tengah malam tadi selepas terperangkap dalam lif di sebuah pangsapuri di Taman Desa Petaling, Cheras.

Ketua Polis Daerah Cheras ASP Ravindar Singh Sarban Singh berkata kanak-kanak itu dilaporkan hilang pada 9.26 malam, apabila tidak pulang ke rumah selepas keluar membeli makanan kira-kira pukul 2 petang.

“Pada 12.30 tengah malam tadi, pihak pengurusan pangsapuri mengesan kedua-dua mangsa terperangkap dalam lif di tingkat empat pangsapuri tersebut, selepas membuat semakan rakaman kamera litar tertutup,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kedua-dua mangsa dipercayai terperangkap kira-kira sembilan jam dalam lif tersebut sebelum pihak pengurusan pangsapuri berjaya mengeluarkan mereka dalam keadaan selamat.

Kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada keluarga masing-masing.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan