WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Anwar Adakan Perjumpaan Dengan Diaspora Malaysia Di New Delhi

21/08/2024 12:42 AM

Oleh V.Sankara

NEW DELHI, 20 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhiri hari kedua lawatan beliau ke India dengan mengadakan perjumpaan dengan diaspora Malaysia di pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini.

Dalam ucapannya pada majlis itu, beliau menekankan keperluan Malaysia membuat beberapa keputusan yang tidak popular, seperti rasionalisasi subsidi diesel, untuk mengelak kekayaan negara daripada dieksploitasi oleh pihak luar.  

Anwar yang sedang dalam lawatan rasmi ke India dari 19 hingga 21 Ogos, turut menasihatkan pelajar dan anak muda Malaysia yang hadir supaya menghargai perkara yang baik.

Lebih 100 rakyat Malaysia termasuk pelajar hadir dalam perjumpaan itu.

Esok Perdana Menteri akan mengakhiri lawatan rasmi tiga harinya dengan menghadiri mesyuarat dengan ketua-ketua industri di India, selain bertemu Presiden parti BJP, J.P.Nadda dan mengadakan sidang media bersama dengan media Malaysia sebelum berlepas kembali ke Kuala Lumpur.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan