WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Anwar Zahirkan Simpati, Beri Jaminan SAR Cari Wanita Warga India Diteruskan

25/08/2024 03:37 PM

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warganegara India yang terjatuh ke dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini, akan diteruskan.

Anwar yang menzahirkan rasa simpati terhadap kejadian yang menimpa seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy berusia 48 tahun itu, berkata beliau telah meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menemui keluarga mangsa.

“Saya sudah minta DBKL jumpa keluarga (mangsa) dan kita lahirkan simpati (dengan kejadian) dan kerja (SAR) harus diteruskan. Ada masalah dengan tanah itu, kita kena selesaikan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk al-Aqsa dan Palestin di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Pada insiden 8.22 pagi Jumaat (23 Ogos), mangsa sedang berjalan di hadapan Malayan Mansion, Jalan Masjid India, sebelum tiba-tiba terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter akibat tanah jerlus.

Difahamkan mangsa dan keluarganya dijadualkan pulang ke India pada esok harinya (Sabtu) selepas dua bulan melancong di negara ini.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan