WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Jdt Menang Piala Fa

25/08/2024 04:15 PM

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) atas pencapaian menjulang Piala FA selepas menewaskan Selangor FC di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini semalam. 

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri turut meluahkan rasa kagum dengan samangat yang ditampilkan pasukan Gergasi Merah dalam perlawanan tersebut. 

“Tahniah JDT yang memenangi pertandingan semalam. Kekalkan tradisi sukan untuk memupuk perpaduan. Kagum dengan semangat pasukan Selangor,” katanya dalam hantaran itu. 

Kejayaan Harimau Selatan merangkul trofi Piala FA 2024/25 dengan membelasah Selangor 6-1 semalam menyaksikan skuad di bawah kendalian Hector Bidoglio itu meraih kemenangan hatrik selepas turut mengungguli piala berprestij itu pada edisi 2022 dan 2023. 

JDT memperoleh kemenangan menerusi jaringan hatrik Juan Muniz serta   Arif Aiman Hanafi, Bergson Da Silva dan Heberty Fernandes manakala Selangor FC memperoleh gol menerusi Alvin Fortes. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan