BERITA TERGEMPAR   ACE Market-bound Solar District Cooling Group Bhd aims to raise RM45.09 million from IPO; scheduled to list on Sept 19, 2024 | 
 WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Tanah Jerlus: Kerja Penilaian Integriti Tanah Dijangka Selesai Hari Ini

28/08/2024 10:57 AM

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Kerja penilaian integriti tanah di laluan saluran kumbahan di Jalan Masjid India di sini dijangka selesai hari ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan kerja penilaian itu dilakukan Jabatan Mineral dan Geosains menggunakan Ground Penetrating Radar (GPR) atau radar menembusi tanah.

Kenyataan sama juga memaklumkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India diteruskan pagi ini selepas ditangguhkan malam tadi akibat hujan lebat.

"Pasukan SAR akan meneruskan kerja-kerja pencarian mangsa dengan memberikan tumpuan di kawasan kejadian," menurut kenyataan itu.

Pada Jumaat lepas, seorang wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di jalan berkenaan semasa melalui jalan itu untuk ke kuil berhampiran.

Operasi SAR diaktifkan pada hari sama melibatkan anggota daripada pelbagai pasukan keselamatan dan pihak berkuasa tempatan yang  menggunakan pelbagai teknik termasuk penggunaan anjing pengesan. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan