WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Hospital Pakar KPJ Seremban Pasang Jalur Gemilang Gergasi

28/08/2024 05:53 PM

SEREMBAN, 28 Ogos (Bernama) -- Bagi memupuk semangat patriotik dalam kalangan warga hospital dan orang awam sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Hospital Pakar KPJ Seremban mengambil inisiatif memasang Jalur Gemilang seberat 200 kilogram pada bangunan hospital itu.

Ketua Pegawai Eksekutif berkenaan Nor Aidil Ikram Muhamad berkata pemasangan bendera bersaiz 170 x 54 kaki itu difahamkan yang terbesar di Negeri Sembilan dan akan dipasang hingga 30 Sept ini.

“Bendera gergasi ini bukan sahaja melambangkan identiti dan semangat kebangsaan, tetapi mencerminkan dedikasi kami dalam menyemai rasa cinta dan kebanggaan terhadap negara. Ini yang pertama dipasang sebesar ini di KPJ Seremban,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menggesa semua lapisan rakyat termasuk sektor swasta untuk mengangkat semangat kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang di premis kediaman dan pejabat masing-masing.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan