WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Malaysia, Arab Saudi Bincang Usaha Tambah Baik Hubungan Dua Hala

29/08/2024 12:26 AM

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Malaysia dan Arab Saudi hari ini membincangkan usaha untuk menambah baik lagi hubungan dua hala, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan. 

Beliau menerusi catatan di Facebook berkata perbincangan itu berlangsung semasa menerima kunjungan hormat Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Muhammed Al-Rabiah bersama delegasinya di Wisma Putra, Putrajaya. 

Katanya, antara yang dibincangkan termasuk menambah jumlah pelaburan ke Malaysia, tambahan bilangan penerbangan  antara Kuala Lumpur dan Jeddah serta menambah jumlah tajaan untuk pelajar-pelajar Malaysia ke Arab Saudi.

Menurut beliau Majlis Perundingan Arab Saudi-Malaysia telah dipersetujui untuk dipengerusikan bersama oleh Menteri Luar kedua-dua buah negara.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan