BERITA TERGEMPAR   Hong Leong Bank remains watchful on the US monetary policy stance, targeting 1.85 pct - 1.95 pct NIM growth in FY2025 - CEO Kevin Lam | 
 WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Kerajaan Tidak Bincang Perkenal GST Ganti Pemotongan Subsidi RON95 - Fahmi

29/08/2024 01:56 PM

PUTRAJAYA, 29 Ogos (Bernama) -- Kerajaan tidak bercadang memperkenalkan cukai kepenggunaan yang menyeluruh, terutamanya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebagai alternatif untuk menghapuskan subsidi petrol RON95, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan menafikan dakwaan terbabit kerana tiada sebarang perbincangan dilakukan berhubung perkara itu.

"Tidak, tidak pernah ada perbincangan," katanya ringkas ketika ditanya pemberita mengenai khabar angin itu selepas menghadiri sesi raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya di sini hari ini.

Fahmi berkata demikian sebagai mengulas sebuah artikel oleh media dalam talian yang mendakwa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengembalikan cukai kepenggunaan secara menyeluruh, dan bukannya melaksanakan pemotongan subsidi petrol RON95 sebagai usaha kerajaan untuk meningkatkan kewangan negara.

Artikel itu juga mendakwa Kabinet telah membincangkan perkara berkenaan kerana terdapat pandangan bahawa mengenakan GST mungkin lebih mudah dari segi politik berbanding menghapuskan subsidi petrol RON95 memandangkan Malaysia ialah pengeluar minyak dan kebanyakan rakyat menganggap petrol murah sebagai satu keperluan.

Sementara itu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dilaporkan berkata Malaysia tidak berhasrat mengembalikan semula GST untuk meningkatkan hasilnya, sepertimana disarankan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

Rafizi berkata terdapat banyak cara untuk mencapai pengukuhan fiskal dengan kumpulan berbeza yang menawarkan pelbagai perspektif.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan