WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Imigresen Selamatkan Enam Wanita Warga Asing Jadi Mangsa Eksploitasi Seks

29/08/2024 09:09 PM

PUTRAJAYA, 29 Ogos (Bernama) -- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyelamatkan lima wanita warganegara Vietnam dan seorang warga Thailand disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks dalam operasi di sebuah rumah kedai tiga tingkat di ibu negara, semalam.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata mangsa dijanjikan peluang pekerjaan yang sah, namun telah dieksploitasi sebagai pekerja seks sebaik tiba di negara ini.

"Sindiket mempromosi wanita warga asing ini melalui aplikasi dalam talian dengan wanita yang dipilih akan diuruskan langganannya di premis itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sindiket terbabit mengaut keuntungan dengan mengenakan kadar bayaran RM240 bagi sejam langganan, namun mangsa dipercayai diberikan upah RM100 bagi tempoh itu.

Ruslin berkata JIM turut menahan seorang lelaki tempatan disyaki berperanan sebagai pengendali yang mengawal wanita warga asing berkenaan.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

-- BERNAMA 



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan